Sunday, February 13, 2011

Sempena Maulidur Rasul....


Salam,

Datangnya hari yg agung utk semua umat Islam, hari keputeraan baginda Rasulullah s.a.w. Di kala setengah dari dunia menyambut hari kekasih yg kononnya utk menyambut cinta dan kasih mereka kepada yg tersyg, umat Islam seluruhnya bakal menyambut ulang tahun kelahiran seorang insan dan hamba Allah yg dicintai. Nabi Muhammad s.a.w.

Hari kekasih? Ape la sgt kalau dibandingkan dgn kasih dan cinta kita pada Rasulullah. Apatah lagi cinta kita kepada Allah s.w.t. Kita x pernah jumpa baginda, kita x pernah bercakap, bersua, malah, kita x pernah pun tau mcmana rupa fizikal baginda. Tapi kita jatuh cinta jugak. Hebatnya cinta kita pada Rasulullah.

Sesungguhnya akhlak, peribadi, amalan dan cara baginda menjalani kehidupan adalah contoh dan modal yg terbaik utk kita. X kisahla dari segi amalan agama, kesihatan, menimba ilmu, tabiat, berkeluarga dan sebagainya. Mungkin kita x mampu ikut semua, tapi seeloknya ikutlah sebik mungkin, kerana akhlak itu boleh dipupuk untuk kesejahteraan bersama


Dia Kekasih Allah - Hijjaz

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah