Monday, December 20, 2010

Kasih Bertaut


"Hamka pernah berkata. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

sesungguhnya kasih dan cinta kepada Ilahi la yg Hamka katakan itu... Cinta pada manusia kalau x melalui cinta kepada Allah, hanyala mainan nafsu dan gurauan Iblis serta syaitan".

Inila kata2 dan amanat dari seorang ustaz yg aku sanjungi sepanjang aku mencari ape makna kehidupan... Benar bagai dikata, kita asik kejar cinta manusia tanpa berfikir panjang. Padahal Cinta pada Allah lagi Agung dan itula asas kepada semua cinta yg lain. Cinta pada Allah akan pupuk cinta kepada keluarga, kepada rakan, kepada musuh sekalipun... Semuanya bermula dari cinta pada yg Satu...

Mengejar yg dikatakan kasih dan syg adalah perbuatan yg sia2, sebab kasih dan syg yg cari kita.. Bukan sebaliknya... Bila kasih dan syg tiba, harusla kita membalasnya sebaik mungkin, sebagaimana kasihnya pada kita.. Jangan sesekali abaikan dan ambil mudah setelah seseorang melafazkan kata kasih kepada kita, kerana lafaz itu bukannya mainan kata seperti debu di jalan.. Allah melafazkan kata kasihNya pada kita sejak kita dilahirkan ke Dunia.. Sejak kita boleh bernafas di dunia lagi... Bila kita ucap "I love u Allah"? ehehehe... Allah x perlu ucap, dia buktikan terus.... Kita ucap I love u Allah, so, tunjukkan lah love tu ngan bukti dan tindakan gak kan?

Ehehehe.. Kasih berputik sesama insan dtg dari Keikhlasan.. Keikhlasan menyayangi Allah jugakla buatkan kita buat semua benda dgn penuh keikhlasan.. Semuanya bermula dgn bagaimana kita Mencintai Allah... Jgn sesekali dambakan cinta yg suci selagi x mencintai Allah
Kerana Cinta pada Allah adalah CInta yg hakiki lagi Cinta yg agung...

:D

No comments: